Selasa, 22 Disember 2015

Macam mana nak cepat belajar ataupun menghafal ?

Antara sebab sebab yang selalu dikatan oleh pelajar-pelajar sekolah mungkin mereka akan selalu kata ''susah nak faham''. ''bukan senang nak hafal benda ni''.
so sebab aku dh lama teringin nak buat pasal tajuk ini, mari kita tunjukkan cara-cara nak cepat 
belajar.

nak jadi pelajar yang cepat memahami bukanlah senang macam yang kita lihat, ia 
perlu dimulakan dengan susah dan secara kerap.
kalau kita malas untuk melakukan sesuatu
secara kerap , ia memberi akibat yang buruk :)

LANGKAH PERTAMA : NOTA

Kalau nak lebih faham dan cepat hafal sesuatu
benda , kita sebagai pelajar haruslah sediakan sesuatu
seperti nota sendiri .
Tidak perlu meniru nota yang diberi oleh guru kerana
kadang-kadang , pelajar ni susah nak faham apa yang
ditulis oleh guru. jadi kita mestilha, buat nota sendiri mengikut 
fikiran anda sendiri. saya galakkan ketika anda nk lakukan
nota tersebut, menulislah sambil bercakap perkataan yang
ditulis di nota tersebut untuk cepat melekat di otak.

LANGKAH KEDUA : RAJIN BERTANYA

Sesetengah manusia ataupun pelajar juga
mempunyai perasaan malu bertanya, kerana mereka 
akan rasa bahawa jika mereka bertanya soalan yang
orang lain sudah tahu jawapanya, mereka
akan ditertawakan.
rajin bertanya , akan menambahkan lagi info-info yang
kita tidak tahu, rajin bertanya soalan juga
dapat mengeratkan hubungan sesama saudara .

LANGAKH KETIGA : MELAKUKAN '' STUDY GROUP''

Perkara ini dapat dilakukan sesama rakan sekelas , dimana-mana
sahaja, pondok mahupun rumah. tetapi perkara ini harus
dirancang terlebih dahulu, jangan main rancang je
takut nanti ada pula yang kena marah dengan ibu bapa sendiri . HAHAHA.
setiap hari yg ingin dilakukan STUDY GROUP haruslah mengetahui
subjek apa yang akan dipelajari pada hari tersebut.

LANGKAH KEEMPAT : MINUM AIR SUAM

Beberapa orang mahupun pelajar tidak menyukai untuk
minum air suam kerana ia tidak merasakan apa-apa pun,
tetapi air suam ini mempunyai lebih kelebihan berbanding 
air minuman lain.
digalakkan minum air suam sendiri berbanding membeli
air minuman yang ada di kedai untuk keselamatan.

sudah 4 langkah yang diberi oleh saya :) 
tidaklah sebeberapa bagus sangat langkah-langkah 
yang diberi oleh saya.

SEKIAN , TERIMA KASIH :D