Sabtu, 17 September 2016

DALACIN T || BIO.T || FOR PIMPLE

Assalamualaikum and Hello! Harini izzah nak tunjuk produk yang menyebabkan muka izzah yang berjerawat :( jadi semakin pulih :) 

Untuk pengetahuan korang, izzah dapat benda ni daripada farmasi. dan izzah galakkan kepada sesiapa yang ada jerawat besar,bernanah and bengkak. Bagi sesiapa yang
ada jerawat nasi or yang kecik-kecik itu. Izzah tak berapa sarankan
sebab mungkin tak sesuai bagi yang jerawat yang kecik and tak terlalu
bermasalah :)

Harga DALACIN T
| RM 19.90 | (tak berapa 
sure. tapi dalam bawah rm 20)
HOW TO USE : Picit-picit kat kawasan berjerawat . In Sha Allah akan pulih
|| Ubat ni izzah cuba sekali esok dah okay *bukan gurauan* ||
/| Tengok je kecik , tapi boleh bertahan selama 2 bulan |\

DALACIN T



Harga BIO, T
| RM 40 | (also tak berapa sure and
yang izzah tahu bawah rm 50)
HOW TO USE: Bio.T ni peranan dia as pencuci muka.
 make sure basuh 2 kali sehari.
|| Bau dia harum ||
BIO.T


Tadaaaa! so selama 2 tahun. baru jumpa ubat yang betul-betul
serasi dengan izzah. now dah jadi parut :3 Thank you so much bagi yang layan blog izzah
yang tak seberapa ni :( Salam Maghrib! and see you next time! Xoxo <3


Jumaat, 24 Jun 2016

RABIATUL | SHORT STORY | CREATED BY IZZAH YUSOFF | PART 2

 Aku mesti rahsiakan penyakit ini daripada Mak long. Aku mengemas segala pakaian dan barang – barang penting lalu memasukkanya ke dalam beg. ‘’Selamat tinggal mak long. Semoga kita akan bertemu kembali’’ titisan air mata keluar tanpa ku sedari lantas aku keluar daripada rumah tersebut. Berada di dalam bilik wad memang membosankan . sunyi . aku berjalan di laluan wad , tiba- tiba aku terlanggar Rabiatul.

‘’Maafkan saya , saya tak Nampak awak tadi’’. Kata Rabiatul. ‘’Tak mengapa.’’ Kata ku pula. ‘’ Oh! Awak mesti pesakit baru. Akhirnya saya jumpa juga pesakit yang sebaya saya. Nama saya Rabiatul’’ Rabiatul berkata dengan nafas lega. ‘’ ‘’Haha, nama saya Aisyah’’. Aku memperkenalkan diri. Kami berbual pasal diri kami . Setiap masa diluangkan bersama. Makan , minum, tidur, bercerita. Sampailah satu masa..

‘’Lepaskan aku, tolonglah . sakit – sakit ‘’ bunyi suara Rabiatul kedengaran daripada bilikku. Aku lantas lari kearah bilik Rabiatul.Kelihatan kain katil Rabiatul mempunyai darah yang banyak. Mungkin itu darahnya. Aku memeluk Rabiatul sambil menitiskan air mata dan berkata ‘’sabar Rabiatul’’. Di waktu malam, aku menemaninya di bilik . ‘’Aisyah, kalau kita diberi peluang untuk hidup lagi lama. Apa yang kau akan buat?’’ ‘’ Aku akan luahkan masa dengan Makcik aku dan terutamanya kau. Engkaulah sahabat dunia akhirat aku.’’Aku mengimbau kembali Perbualan aku dan Rabiatul .

Keesokan hari, Rabiatul kelihatan tidak ada di katilnya. Aku berfikir dari segi positif mungkin dia keluar mengambil angin. Aku membuka almari yang berada di biliknya dan ada sebuah album gambar. ‘’Comel juga rabiatul ni masa kecik’’. Aku perhati setiap gambar keluarga Rabiatul sentiasa berbeza ibu dan ayahnya. Aku kehairanan. Kerana aku fikir Rabiatul bukan anak yatim. ‘’ Apa yang kau buat tu’’ nada Rabiatul seperti marah. ‘’ Rabiatul , kenapa orang yang ada dalam gambar ini semua lain’’. Aku bertanya.

Rabiatul mengamuk seperti orang yang dirasuk. Dia sepahkan semua barang yang ada dalam biliknya. ‘’ Rabiatul , bagitahu aku. Siapa mereka dan kenapa mereka berubah- ubah.’’ Aku menjerit kepada Rabiatul. ‘’Aku Anak Yatim!, puas hati kau.’’ Nada Rabiatul berubah menjadi sedih. ‘’ Dalam banyak – banyak manusia, kenapa aku yang kena uji . Kenapa .. Aku keseorangan. Kau tahu tak‘’ Rabiatul menangis. ‘’Takpe , aku ada . Aku ada, Allah ada’’. Aku memujuk Rabiatul.

‘’Aisyah, keadaan awak bertambah baik. In Sha Allah awak akan sembuh J’’ kata doktor ismail. ‘’Rabiatul ! doktor kata yang aku tambah sihat’’ aku berlari dengan gembira kearah bilik Rabiatul. Tetapi, Rabiatul mengunci pintu dan tidak membenarkan aku masuk. ‘’Aku tahu kau akan bertambah sihat, aku dah dengar perbualan kau dengan doktor’’. Rabiatul menjerit sambil memegang gambar dia bersama Aisyah.

Keesokan harinya, ‘’ Doktor ! Doktor keadaan Rabiatul . dia semakin kritikal. ‘’ semua jururawat dan doktor terus bergegas kebilik Rabiatul. ‘’Tinggggggz’’ bunyi mesin yang sering didengar di drama yang menandakan seseorang itu kembali ke Rahmatullah. ‘’Tidak, tidak . dia takkan tinggalkan saya. Ini semua lakonan kan? Rabiatul! Kau dah janji dengan aku kau nak hidup lama dengan aku. Tolonglah Rabiatul. Bangun lah tolonglah.’’  Aku menangis di samping Rabiatul.

Rabiatul mengajarku sebuah erti persahabatan, erti Kasih Sayang. ‘’ Aku harap kau ditempatkan di kalangan kalangan orang beriman’’. Aku berkata . ‘’Awak tak apa apa Aida?’’ aku hulurkan tangan kepada Aida. ‘’Boss, saya okay saja .’’ Aida berkata. ‘’ Nama awak panjang apa?’’ aku bertanya. ‘’Nama saya Rabiatul Aida tapi panggil saya Aida’’ aida menjawab dengan mukannya yang manis. ‘’Saya akan panggil awak Rabiatul.’’ Aku mengusap kepala Aida.

-HARGAILAH SAHABAT ANDA-

RABIATUL | SHORT STORY | CREATED BY IZZAH YUSOFF | PART 1

’Untungnya jadi Aisyah. Suami kaya, rumah besar, pangkat boss’’.
Aku mendengar segala apa yang diperkata oleh orang – orang yang berkerja di pejabatku.
‘’Mereka tidak tahu apa yang telah aku lalui’’.  Aku berkata sambil tersenyum.
‘’Ish, kau ni boleh tak buat kerja betul-betul ! Tak habis-habis susahkan aku’’. Kedengaran suara seorang perempuan yang sedang marah di luar pejabatku.
‘’Maaf puan, maafkan saya’’. Kata- kata yang dikeluarkan oleh Seorang budak perempuan yang bernama Aida . Aku melihat segala yang dilakukan oleh Aida setelah lama kian. Ingin dikatakan seperti ‘’STALKER’’. Melihat segala apa yang dilakukan oleh Aida, ingatkan zaman aku ketika muda.
Aku dilahirkan sebagai anak tunggal dalam sebuah keluarga yang bermasalah. Ibuku telah meninggal dunia ketika aku berumur 4 tahun sedangkan ayah aku sering tidak pulang ke rumah kerana masalah hutang dikeliling pinggang.
Kadang – kadang aku terfikir , ‘’ Besarnya Ujian mu Ya Allah yang telah kau berikan kepada ku. Aku tak sanggup kerana ini terlalu berat’’ sambil menitiskan air mata.
Aku memang dilahirkan sebagai yang tidak pandai,degil. Ketika aku berumur 8 tahun . aku dijaga oleh Makcik aku atau Mak Long. Dia seorang yang baik dan sabar. Memang susah nak sabar dengan perangaiku yang suka buat masalah. Tapi, bagi makcikku ianya TIDAK.
Seperti manusia biasa ketika umur 7-17 adalah zaman persekolahan. Tapi, bagiku tidak. Disuruh belajar tidak mahu. Aku memang jenis suka yang berkawan dengan orang yang bermasalah. Sering dipandang hina dan dikutuk adalah biasa. Sampailah satu masa.. aku terserempak dengan seorang perempuan yang bernama Rabiatul. Seorang perempuan yang solehah dan baik orangnya dan jangan lupa kepandaiannya.
Memori aku dengan dia ketika selepas keluar keputusan SPM OR SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA. Semua manusia – manusia akan tetapkan masa depan mereka samada mahu meneruskan pengajian ataupun berkerja. Aku? Sedangkan belajar pun malas apatah lagi meneruskan pergajian di universiti.
‘’Koh Koh Koh’’ aku terbatuk . rupanya bukan batuk biasa tapi batuk berdarah. aku terus bergegas ke hospital. ‘’ Awak menghidap kanser paru paru’’. Kata doktor Ismail membuatkan aku berasa down seperti dunia ini sudah tiada. Ini mungkin sebab sikap aku ketika di sekolah yang suka isap rokok. Tapi tak mahu dengar segala nasihat makcik ku. Nak menyesal sudah terlambat.
Aku berjalan keluar dari bilik doktor . Tiba – tiba aku berhenti seketika. Aku Nampak rabiatul di dalam sebuah bilik. Dia kelihatan gembira tambahan pula seperti tidak menghidap apa apa penyakit. Aku bertanya kepada seorang jururawat yang baru sahaja keluar daripada bilik Rabiatul. ‘’Maaf, saya nak bertanya yang pesakit ini sakit apa?’’ aku bertanya. ‘’ Adik ini menghidap penyakit kanser darah sejak dia berumur 11 tahun. Dia hidup ini pun sebab dia kuat menghadapinya dan ini juga sebab kekuasaan Allah’’.

Aku seperti tidak percaya. Perempuan yang digelar wanita yang sempurna dari segi fizikal dan mental rupanya menghidap penyakit yang boleh membawa kematian. Dalam beberapa bulan, doktor menyarankan agar aku masuk ke dalam wad kerana penyakitku yang bertambah buruk.

Ahad, 12 Jun 2016

TIPS-TIPS UNTUK YANG ADA MABUK KENDERAAN DAN TIPS UNTUK BAGI MENGELAKKAN MENGANTUK KETIKA MEMANDU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera for you guys! segala tips - tips yang Izzah akan bagi . dikumpulkan oleh rakan-rakan,internet dan my family.


1.           MEDICATED PLASTER NEOBUN 10 SHEETS        

                                  
:- TAMPAL DI PUSAT . 
:- MENJADI. SEBAB IZZAH PERNAH CUBA DAN IA MENJADI 



2.           POWER ROOT PREMIX COFFE TONGKAT ALI      
                                                        

:- SEPERTI BIASA . BENDA INI MEMANG UNTUK DIMINUM :D TAK PERLU TAMPAL DI MANA - MANA . HAHAHA

:- MENJADI. SEBAB ABANG IZZAH CAKAP DIA TAK RASA MENGANTUK LANGSUNG SELEPAS MINUM MINUMAN INI. HUHUHU

:- UNTUK PEMANDU

  
3.          JANGAN MAKAN LAGI KALAU DAH KENYANG       



                                                   

:- SEBAB MAKANAN YANG BERLEBIHAN DALAM PERUT AKAN MENYEBABKAN KORANG AKAN MUNTAH.


4.        MINUM AIR SUAM SECUKUPNYA            

                                                     


 :- MINUM AIR SECUKUPNYA SEGELAS UNTUK MENGELAKKAN KEKURANGAN AIR DALAM BADAN . SEMEMANGNYA AIR SUAM TERBAIK . HUHU





5.        TIDUR SEKURANGNYA 8 JAM         


                             



:- TIDUR SEKEJAP SAJA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN BOLEH MENYEBABKAN KORANG MENGANTUK. DAN  YANG TIDUR LEBIH KURANG MACAM 9-10 JAM AKAN MENYEBABKAN PENING KEPALA.

:- UNTUK PEMANDU

Sabtu, 2 Januari 2016

Bagaimana ingin gembira pada hari pertama anda sekolah?

Mentang2la lusa nak sekolah , tiba-tiba keluar idea ni
memang setiap hari , dari tahun 2015 lagi . aku or student
lain ada jugak yang fikir
''bagaimana nak happy , bila hari pertama aku sekolah eh?''
soooo, mari aku tolong jawab kan xD


1. BERFIKIRAN POSITIF
Pada hari pertama anda sekolah
takmaulah asyik duk fikir 
''Cikgu mesti garangkan?''
''Aduhh, homework lagi''
''Bosanlah , duk mereput kat sekolah''
Jangan SESEKALI fikir camni .
Benda ni hanya boleh buat kau malas nak pergi
sekolah , Hokay!. 
Cubalah fikir 
''Aku pergi sekolah niat kerana ALLAH Taala''
''Aku kena banggakan mak ayah aku''
''Kalau aku pergi sekolah, dapat jumpa kawan2 aku''
Haaaah , barulha bersemangat nak gi sekolah
ini tidak -_- asyik berfikiran negatif aja.

2. SELALU BERZIKIR DAN BERSELAWAT
Nak berzikir dan berselawat bukan hanya
boleh dilakukan ketika solat saja. Time masa kita lakukan 
kerja harian seperti berjalan,membaca buku dan menulis.
Lidah itu haruslah kita basahkan dengan zikir dan selawat :)
Lagi kita berzikir/berselawat lagilha
hati kita lebih tenang, menghadapi dugaan harian .

3.SENTIASA SENYUM !
Kalau hari pertama dah kena marah
dengan cikgu sebab kesilapan yg kau lakukan.
Tabah dan Senyum :) Sifat geram , takkan selesaikan kesilapan kau :)
Maklumlah , manusia tidak sempurna. selalu lakukan
kesilapan di muka bumi. Ataupun, ada rakan anda
yang mengumpat tentang anda, lebih baik hiraukan mereka
dan Senyum ! 

4. KURANGKAN MENGELUH
Mengeluh hanya akan hadir kalau, seseorang
itu tidak menyukai situasi yang dihadapi oleh mereka
seharian. Kadang-kadang sifat tidak bersyukur turut 
hadir dengannya.

THANK YOU :)