’Untungnya jadi Aisyah. Suami kaya, rumah besar, pangkat
boss’’.
Aku mendengar segala apa yang diperkata oleh orang – orang
yang berkerja di pejabatku.
‘’Mereka tidak tahu apa yang telah aku lalui’’. Aku berkata sambil tersenyum.
‘’Ish, kau ni boleh tak buat kerja betul-betul ! Tak
habis-habis susahkan aku’’. Kedengaran suara seorang perempuan yang sedang
marah di luar pejabatku.
‘’Maaf puan, maafkan saya’’. Kata- kata yang dikeluarkan
oleh Seorang budak perempuan yang bernama Aida . Aku melihat segala yang
dilakukan oleh Aida setelah lama kian. Ingin dikatakan seperti ‘’STALKER’’.
Melihat segala apa yang dilakukan oleh Aida, ingatkan zaman aku ketika muda.
Aku dilahirkan sebagai anak tunggal dalam sebuah keluarga
yang bermasalah. Ibuku telah meninggal dunia ketika aku berumur 4 tahun
sedangkan ayah aku sering tidak pulang ke rumah kerana masalah hutang
dikeliling pinggang.
Kadang – kadang aku terfikir , ‘’ Besarnya Ujian mu Ya Allah
yang telah kau berikan kepada ku. Aku tak sanggup kerana ini terlalu berat’’
sambil menitiskan air mata.
Aku memang dilahirkan sebagai yang tidak pandai,degil.
Ketika aku berumur 8 tahun . aku dijaga oleh Makcik aku atau Mak Long. Dia
seorang yang baik dan sabar. Memang susah nak sabar dengan perangaiku yang suka
buat masalah. Tapi, bagi makcikku ianya TIDAK.
Seperti manusia biasa ketika umur 7-17 adalah zaman
persekolahan. Tapi, bagiku tidak. Disuruh belajar tidak mahu. Aku memang jenis
suka yang berkawan dengan orang yang bermasalah. Sering dipandang hina dan
dikutuk adalah biasa. Sampailah satu masa.. aku terserempak dengan seorang
perempuan yang bernama Rabiatul. Seorang perempuan yang solehah dan baik
orangnya dan jangan lupa kepandaiannya.
Memori aku dengan dia ketika selepas keluar keputusan SPM OR
SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA. Semua manusia – manusia akan tetapkan masa depan
mereka samada mahu meneruskan pengajian ataupun berkerja. Aku? Sedangkan
belajar pun malas apatah lagi meneruskan pergajian di universiti.
‘’Koh Koh Koh’’ aku terbatuk . rupanya bukan batuk biasa
tapi batuk berdarah. aku terus bergegas ke hospital. ‘’ Awak menghidap kanser
paru paru’’. Kata doktor Ismail membuatkan aku berasa down seperti dunia ini
sudah tiada. Ini mungkin sebab sikap aku ketika di sekolah yang suka isap
rokok. Tapi tak mahu dengar segala nasihat makcik ku. Nak menyesal sudah
terlambat.
Aku berjalan keluar dari bilik doktor . Tiba – tiba aku
berhenti seketika. Aku Nampak rabiatul di dalam sebuah bilik. Dia kelihatan
gembira tambahan pula seperti tidak menghidap apa apa penyakit. Aku bertanya
kepada seorang jururawat yang baru sahaja keluar daripada bilik Rabiatul.
‘’Maaf, saya nak bertanya yang pesakit ini sakit apa?’’ aku bertanya. ‘’ Adik
ini menghidap penyakit kanser darah sejak dia berumur 11 tahun. Dia hidup ini
pun sebab dia kuat menghadapinya dan ini juga sebab kekuasaan Allah’’.
Aku seperti tidak percaya. Perempuan yang digelar wanita
yang sempurna dari segi fizikal dan mental rupanya menghidap penyakit yang
boleh membawa kematian. Dalam beberapa bulan, doktor menyarankan agar aku masuk
ke dalam wad kerana penyakitku yang bertambah buruk.
KALAU NAK COPY, BOLEH TAPI BAGITAHU DULU
BalasPadam