Aku mesti rahsiakan
penyakit ini daripada Mak long. Aku mengemas segala pakaian dan barang – barang
penting lalu memasukkanya ke dalam beg. ‘’Selamat tinggal mak long. Semoga kita
akan bertemu kembali’’ titisan air mata keluar tanpa ku sedari lantas aku
keluar daripada rumah tersebut. Berada di dalam bilik wad memang membosankan .
sunyi . aku berjalan di laluan wad , tiba- tiba aku terlanggar Rabiatul.
‘’Maafkan saya , saya tak Nampak awak tadi’’. Kata Rabiatul.
‘’Tak mengapa.’’ Kata ku pula. ‘’ Oh! Awak mesti pesakit baru. Akhirnya saya
jumpa juga pesakit yang sebaya saya. Nama saya Rabiatul’’ Rabiatul berkata
dengan nafas lega. ‘’ ‘’Haha, nama saya Aisyah’’. Aku memperkenalkan diri. Kami
berbual pasal diri kami . Setiap masa diluangkan bersama. Makan , minum, tidur,
bercerita. Sampailah satu masa..
‘’Lepaskan aku, tolonglah . sakit – sakit ‘’ bunyi suara
Rabiatul kedengaran daripada bilikku. Aku lantas lari kearah bilik Rabiatul.Kelihatan kain katil Rabiatul mempunyai darah yang banyak. Mungkin itu darahnya. Aku memeluk Rabiatul sambil menitiskan air mata dan berkata ‘’sabar Rabiatul’’.
Di waktu malam, aku menemaninya di bilik . ‘’Aisyah, kalau kita diberi peluang
untuk hidup lagi lama. Apa yang kau akan buat?’’ ‘’ Aku akan luahkan masa
dengan Makcik aku dan terutamanya kau. Engkaulah sahabat dunia akhirat
aku.’’Aku mengimbau kembali Perbualan aku dan Rabiatul .
Keesokan hari, Rabiatul kelihatan tidak ada di katilnya. Aku
berfikir dari segi positif mungkin dia keluar mengambil angin. Aku membuka
almari yang berada di biliknya dan ada sebuah album gambar. ‘’Comel juga
rabiatul ni masa kecik’’. Aku perhati setiap gambar keluarga Rabiatul sentiasa
berbeza ibu dan ayahnya. Aku kehairanan. Kerana aku fikir Rabiatul bukan anak
yatim. ‘’ Apa yang kau buat tu’’ nada Rabiatul seperti marah. ‘’ Rabiatul ,
kenapa orang yang ada dalam gambar ini semua lain’’. Aku bertanya.
Rabiatul mengamuk seperti orang yang dirasuk. Dia sepahkan semua
barang yang ada dalam biliknya. ‘’ Rabiatul , bagitahu aku. Siapa mereka dan
kenapa mereka berubah- ubah.’’ Aku menjerit kepada Rabiatul. ‘’Aku Anak Yatim!,
puas hati kau.’’ Nada Rabiatul berubah menjadi sedih. ‘’ Dalam banyak – banyak manusia,
kenapa aku yang kena uji . Kenapa .. Aku keseorangan. Kau tahu tak‘’ Rabiatul
menangis. ‘’Takpe , aku ada . Aku ada, Allah ada’’. Aku memujuk Rabiatul.
‘’Aisyah, keadaan awak bertambah baik. In Sha Allah awak
akan sembuh J’’
kata doktor ismail. ‘’Rabiatul ! doktor kata yang aku tambah sihat’’ aku
berlari dengan gembira kearah bilik Rabiatul. Tetapi, Rabiatul mengunci pintu
dan tidak membenarkan aku masuk. ‘’Aku tahu kau akan bertambah sihat, aku dah
dengar perbualan kau dengan doktor’’. Rabiatul menjerit sambil memegang gambar
dia bersama Aisyah.
Keesokan harinya, ‘’ Doktor ! Doktor keadaan Rabiatul . dia
semakin kritikal. ‘’ semua jururawat dan doktor terus bergegas kebilik
Rabiatul. ‘’Tinggggggz’’ bunyi mesin yang sering didengar di drama yang
menandakan seseorang itu kembali ke Rahmatullah. ‘’Tidak, tidak . dia takkan
tinggalkan saya. Ini semua lakonan kan? Rabiatul! Kau dah janji dengan aku kau
nak hidup lama dengan aku. Tolonglah Rabiatul. Bangun lah tolonglah.’’ Aku menangis di samping Rabiatul.
Rabiatul mengajarku sebuah erti persahabatan, erti Kasih
Sayang. ‘’ Aku harap kau ditempatkan di kalangan kalangan orang beriman’’. Aku berkata
. ‘’Awak tak apa apa Aida?’’ aku hulurkan tangan kepada Aida. ‘’Boss, saya okay
saja .’’ Aida berkata. ‘’ Nama awak panjang apa?’’ aku bertanya. ‘’Nama saya
Rabiatul Aida tapi panggil saya Aida’’ aida menjawab dengan mukannya yang
manis. ‘’Saya akan panggil awak Rabiatul.’’ Aku mengusap kepala Aida.
-HARGAILAH SAHABAT
ANDA-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan