Ahad, 24 Disember 2017

CARA UNTUK MENINGKATKAN BAHASA INGGERIS ANDA!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera! So, Bahasa Inggeris pada masa kini amat penting untuk semua orang. Terutama dalam hal perkerjaan. Ada masa kita akan berbual dengan orang asing. Takkan nak guna bahasa kita? kalau orang itu bukan berasal dari negara anda! maka, gunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Jika anda mahir atau mahir sikit-sikit dalam penggunaan bahasa Inggeris, senanglah nak menonton drama atau movie dari luar negara. 
-
Dan saya nak pesan, jangan malu kalau korang tersalah guna perkataan ketika bercakap atau menulis dalam bahasa Inggeris! Nak belajar ini jangan malu-malu!
-
Jadi, Harini saya nak kongsi dengan korang semua. Cara-cara nak meningkatkan Bahasa Inggeris Anda! Jom!
-
1. Berlatih bercakap Bahasa Inggeris dengan kenalan anda!
Hasil carian imej untuk conversation gif

Ajak rakan anda atau ahli keluarga anda untuk berbual dalam Bahasa Inggeris. Jika seseorang menggunakan perkataan yang salah , lebih baik menegur dan JANGAN menghukum atau ketawakan dia. 🙅
-

2. Menonton dokumentari/drama atau Movie menggunakan sarikata Bahasa Inggeris!
Hasil carian imej untuk watch a movie gif


Walaupun anda kurang faham dengan sarikata itu. Tanya orang terdekat atau cari maksud perkataan itu. Saya juga tidak faham dengan sarikata Bahasa Inggeris masa mula-mula menonton mengunakan Sarikata Bahasa Inggeris tetapi lama kelamaan semakin faham dengan sarikata itu. 😁
-
3. Membaca Majalah/ Surat Khabar atau Novel Bahasa Inggeris!
Hasil carian imej untuk read a book gif

Di samping anda meningkatkan Bahasa Inggeris, Anda juga dapat menambahkan ilmu Pengetahuan! Nak lagi jimat duit, Anda boleh meminjam buku di mana-mana perpustakaan. Jaga elok-elok ya. 📘
-

4. Mendengar lagu Bahasa Inggeris!
Hasil carian imej untuk listen to music gif


Luangkan masa lapang anda dengan mendengar lagu. Percayalah, saya selalu dengar lagu Bahasa Inggeris dan ia menjadi.👍
-
Jadi, sampai sini saja. Itu saja cara yang boleh saya kongsi dengan anda semua.
Happy Holiday! Assalamualaikum😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan